Tuesday 10 May 2016

Jenis Masakan dan Makanan Tradisional Negeri Sembilan

Bila kita sudah dewasa,  seseorang selalu teringat akan nostalgia atau kenangan diri dalam kehidupan diri yang telah ditempoh.

Mengimbau nostalgia ketika nenek masih ada adalah sesuatu yang agak unik diperkatakan tentang penyediaan masakan tradisional Negeri Sembilan.


Di ketegorikan masakan melayu Negeri Sembilan


1. Ulam -ulaman

Bahan mentah yang dimakan tanpa diadun seperti pucuk-pucuk dan umbi-umbian dijadikan ulam
sebagai contoh kerdas,petai, jering ,pucuk paku,pucuk  pegaga

2. Lauk pauk

Lauk menjadi judu pada nasi.

3. Pindang

Secara kursusnya masakan pindang menggunakan ikan air tawar seperti ikan keli, puyu,sepat dan sebagainya. Masakan pindang perlukan kemahiran yang tinggi cara memasaknya.Bagi membezakan pindang dengan rendang, masakan pindang mempunyai kuah yang lebih likat dan kental.

4.Masakan kuning Lada Api

masak lomak lado api, keunikan masakan ini sukar ditandingi mana mana negeri lain yang cuba cuba melakukannya.Sebenarnya masakan ini tidaklah terlalu susah untuk disediakan kerana ianya boleh menggunakan banyak bahan seperti daging , telur , ikan , siput ,sayur, buah-buahan dan sebagainya.
Bahan utama mesti ada ialah lada api,santan,dan kunyit hidup dan asam.

5.Masakan lemak putih

Masakan ini lebih mudah menjadi penyesuaian pada hidangan lain, sekiranya hidangan pedas pedas belaka maka masakan lemak putih khas untuk kanak-kanak biasanya terdiri dari sayuran dan buah-buahan seperti nangka muda, labu,pucuk manis , umbut pokok dan sebagainya.
santannya tidak begitu pekat dan rencah ikan bilis biasa dipakai.

6. Masakan bahan Salai

Mengeringkan dengan cara diasap atau dipanggang. bahan salaian seperti daging atau ikan biasanya dimasak lemak kuning dicampur perencah-perencah buah-buah asaman





No comments:

Post a Comment